Thursday, August 27, 2009

Kuih Raya Ramadhan 2009

Sempena bulan yang mulia dan syawal yang akan tiba, Saudara Adrin G3 ada menjual beraneka kuih raya dan kurma di bulan yang mulia ini. Tempahan adalah dibuka sehingga puasa ke 16 ini. Jangan lambat nanti tak dapat!!

Untuk membuat tempahan, anda boleh menelefon 0125882250 atau emel kepada luvlygifts@gmail.com atau berjumpa sendiri dengan Saudara Adrin atau Isterinya Petrina di No 3 Jalan U10/49. Sampel masih boleh didapati tetapi stok adalah terhad, sila hubungi Adrin.

PROMOSI: Potongan harga khas diberikan bagi penduduk Sunway Alam Suria

Harga Khas untuk jiran-jiran Sunway Alam Suria:-

Chocolate Almond Bar - RM22
Sugee Salju - RM22
Almond Crunchie -RM22
Dahlia Custard - RM16
White Princess - RM22
Chocolate Chip Cookies - RM13.50
Kurma Mariami Special (Grade A) 470 grams - RM11


Untuk maklumat lanjut sila layari laman berikut :-

www.luvlygifts.com

Terima Kasih.

Doa menghindari H1N1

Kutipan Derma untuk Pembesaran Surau Al-Ikhwan di Taman Sandaran Permai untuk solat Jumaat

Pihak JAIS telah meluluskan Surau Al-Ikhwan untuk menjalankan ibadah solat Jumaat dengan syarat kapasiti di naikkan untuk boleh menampung 1000 orang jemaah. Oleh itu proses pembesaran surau telah dimulakan. Untuk tujuan mulia ini serta untuk kebaikan kita bersama, kami ingin memohon jasa baik Tuan-tuan dan Puan-Puan untuk menghulurkan sumbangan untuk tujuan ini.

Segala sumbangan boleh disalurkan kepada wakil Sunway Alam Suria iaitu Kolonel (B) Hj. Zainal . Anda boleh hubunginya di talian 0192181747 atau mengikut cara yang ditetapkan di dalam surat Surau Al-Ikhwan bertarikh 15 Julai 2009 di bawah.

Jazakallah. Terima Kasih.


Friday, August 7, 2009

Mesyuarat AJK Penubuhan Resident Assiciation

Sila maklum bahawa akan diadakan satu mesyuarat AJK Penubuhan RA pada 9 Ogos 2009.

Tempat : Rumah En Ismail (A35)
Masa : 9 Malam

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :-

(1) Laporan pendaftaran RA
(2) Laporan kemajuan/hasil dari mesyuarat dengan pemaju
(3) Sambutan bulan Ramadhan dan Aidilfitri
(4) Hal-hal lain

Semua AJK dan Ketua blok dikehendaki hadir. Sesiapa (penduduk) yang berminat untuk turut hadir juga dialu-alukan.

Dihargai sekiranya anda membawa kudapan serba sedikit untuk mesyuarat ini.