Thursday, November 27, 2008

Mesyuarat Masalah Nyamuk

Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat tidak rasmi akan diadakan pada hari Jumaat, 28 November 2008 ini pada pukul 10 malam di rumah En Faizul E9, Jalan Pulau Angsa U10/48 untuk membincangkan masalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk di kawasan kita dan tindakan yang perlu diambil. Sila hadir sekiranya anda ingin memberi pandangan anda. Terima kasih.

Wednesday, November 12, 2008

TRAFFIC RE-DIVERTED

Yes, at last traffic has now been rediverted to the original route which is through the guard post. The temporary entrance by the water tank has been blocked with plastic barrier and could no longer be used. I unfortunately had to learn about this closure the hard way when my car screeched to a halt in front of the barrier. Wish that the developer improves its notification skills, which currrently rated at a deficit.

Hopefully, the developer would expedite the putting up of the zinc fence as soon as possible to close up the former temporary entrance. The plastic barrier used would not deter motorcycliest or pedestrians from still using that temporary entrance. This can still cause worries as to the security of our neighbourhood.

Tuesday, November 11, 2008

Facebook Group 'Alam Suria Residents'

Dear friends and neighbours,

Please be informed that we have created a facebook group 'Alam Suria Residents'.

For those of you who have facebook accounts, please join this group. Just search the group name and join. Thanks.

Rgds

Sunday, November 2, 2008

Kerusi/Meja Untuk Disewa

Surau Al-Hidayah, Perdana Heights menawarkan kerusi/meja untuk disewa oleh ahli Qariahnya dengan kadar sewa seperti berikut :-

a) Kerusi - 50 sen satu hari (sebuah)
b) Meja - RM1 satu hari (sebuah)

Bagi mereka yang ingin menyewa atau membuat tempahan boleh berhubung terus dengan Noja Surau.

Ibadah Qurban/ Aqiqah

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Surau Al-Hidayah, Perdana Heights akan melaksanakan ibadah Qurban /Aqiqah di perkarangan surau selepas solat sunat Aidil Adha. Pihak surau telah menetapkan bayaran sebanyak RM350 sahaja untuk satu (1) bahagian.

Sekiranya anda berminat, sila berikan maklumbalas sebelum 8 hb November 2008. Sula hubungi :

Pengerusi Surau, Tuan Hj. Anuar - 0122989091
Wakil Villa Suria, Tuan Hj Kolonel (B) Zainal - 0192181747

Blog Disclaimer

PENGECUALIAN DIRI :

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk menjamin ketepatan dan kebenaran maklumat-maklumat dan fakta-fakta di dalam blog ini tetapi pihak pentadbir tidak menjamin atau akan bertanggungjawab untuk apa-apa kesalahan maklumat atau fakta-fakta di dalam blog ini atau akan segala kerosakan atau kerugian yang mungkin dialami akibat penggunaan fakta-fakta atau maklumat-maklumat tersebut.

PENGUMUMAN SURAU AL-HIDAYAH, PERDANA HEIGHTS


Seperti yang diketahui, kawasan perumahan di Sunway Alam Suria masih belum mempunyai suraunya sendiri. Mengikut perancangan pihak pemaju, sebuah surau terdapat di dalam perancangannya dan akan dibina tidak lama lagi di tapak yang sudah dikenalpasti Walaubagaimanapun, saudara-saudara kita di Perdana Heights telah dengan baik hati mempelawa semua umat Islam untuk menumpang dan turut menggunakan kemudahan-kemudahan beribadat di surau Al-Hidayah di dalam kawasan mereka. InsyaAllah, kita dapat bersama-sama menunaikan kewajipan kita kepada Allah Subhanawataala.

Bagi pihak surau Al-Hidayah, pihak pentadbir blog dengan ini menyampaikan pengumuman-pengumuman Surau Al-Hidayah seperti berikut :-

Program-program Pengajian Surau Al-Hidayah

1. Kuliah Subuh

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Al Hidayah akan menganjurkan program Kuliah Subuh dan menjemput semua umat Islam untuk turut hadir.

Tempat : Surau Al-Hidayah
Hari : Setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga sahaja
Masa : selepas solat Subuh
Penyampai : Ustaz Amir Noor Hizam

2. Kuliah Maghrib

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Al-Hidayah akan menganjurkan program Kuliah Maghrib dan menjemput semua umat Islam untuk turut hadir.

Tempat : Surau Al-Hidayah
Hari : Setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga
Masa : Selepas solat Maghrib
Penyampai : Ustaz Hajar Opir

3. Kelas Al-Quran (Lelaki Dewasa)

Tempat : Surau Al-Hidayah
Hari : Setiap Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Penyampai : Ustaz Hajar Opir

4. Kelas Al-Quran (Kanak-kanak/Remaja)

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Al-Hidayah akan memulakan kelas Al-Quran bagi kanak-kanak dan juga remaja-remaja lelaki dan perempuan. Antara yang akan diliputi adalah iqra', tajwid dan banyak lagi.

Tempat : Surau Al-Hidayah
Hari : Setiap Sabtu
Masa : Selepas solat Asar
Guru-guru : Ustaz Munawir dan isterinya

Sebarang pertanyaan mengenai program-program diatas boleh ditujukan kepada :-

Pengerusi Surau, Tuan Hj. Anuar - 0122989091
Wakil Villa Suria, Tuan Hj Kolonel (B) Zainal - 0192181747