Wednesday, September 9, 2009

Aktiviti di bulan Ramadhan : Terawih, Morei, Memasang Pelita dan Aktiviti Mengacau Dodol pada 12/9/09


Syawal sudah menjelang dan sudah hampir sebulan kita mengharungi ibadah puasa. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengerjakan amalan ibadah.

Seperti yang diketahui, penduduk Villa Suria menumpang Surau di Perdana Height untuk terawih tahun ini dan beberapa penduduk Villa Suria telah bermurah hati untuk menaja morei di surau tersebut. Umat Islam digalakkan untuk turut turun ke surau untuk sembahyang sunat Terawih dan seterusnya menjamu selera di 'morei' yang disediakan. Morei bermula dari 5 sept hingga 12 Sept adalah ditaja oleh penduduk-penduduk Villa Suria (setiap taman diberi alokasi mengikut giliran), diharapkan warga Villa Suria beragama Islam dapat turun sama untuk membantu dengan kerja persiapan, menghidang, membungkus dan mengemas di morei tersebut.

Beberapa rancangan telah dirancang di bulan Ramadhan ini untuk komuniti kita. Di antaranya ialah rancangan untuk sepakat memasang pelita di hadapan pintu pagar setiap rumah di Villa Suria untuk mengindahkan lagi suasana menyambut shawal yang akan menjelma. Bermula dari puasa ke 16 marilah kita beramai-ramai menyalakan pelita!

Pernahkah anda mengacau dodol? Satu tradisi yang kini makin jarang diamalkan oleh komuniti bandar. Akan diadakan satu aktiviti mengacau dodol pada hari Sabtu 12 September 2009 selepas sembahyang sunat terawih di padang permainan Villa Suria.

Sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar nama kepada Tuan Hj Kolonel (B) Zainal 0192181747 sebelum malam Jumaat ini, 11 September 2009. Bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk membeli bahan dan peserta akan diagihkan satu bahagian dodol yang berjaya dimasak. Bagi peserta diingatkan bahawa bukan sahaja sumbangan kewangan saja diperlukan tapi sumbangan tenaga juga perlu dan harus diberikan untuk menjayakan aktiviti memasak dodol ini. Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment