Friday, September 18, 2009

Majlis Sambutan Syawal di Villa Suria

Sempena syawal yang akan tiba, pihak Committee akan menganjurkan satu Majlis sambutan hari raya pada 17 Oktober 2009 jam 8.30 malam bertempat di taman permainan Villa Suria.

Satu aktiviti gotong royong untuk memasak rendang dan juadah raya yang lain akan diadakan untuk tujuan majlis tersebut. Sesiapa yang ingin menyumbang untuk majlis ini boleh berbuat demikian terus kepada ketua blok masing-masing atau ke Tuan Hj. Zainal. Kutipan untuk setiap keluarga ialah sebanyak RM15 sahaja

Semua penduduk-penduduk Villa Suria seisi keluarga dan tak mengira bangsa dijemput hadir. Kami juga amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan/puan-puan membawa juadah secara 'potluck' untuk di jamah bersama

Tuesday, September 15, 2009

Lawak Gagak : Insurance Sales Pitch

The husband of a pregnant wife was thinking of buying insurance for his unborn baby. So he asked Great Eastern and the agent said, "don't worry man, we'll provide insurance right FROM THE BASKET TO THE CASKET".

The man was impressed but thought that he should probably seek another opinion. He then approached Prudential and the agent replied,"Oh, we have a new insurance policy which can protect your unborn child FROM THE WOMB RIGHT UP TO THE TOMB".

The man was stunned but thought that maybe all salesmen like to bullshit and decided to see the agent from Etiqa. He told the Etiqa agent what Prudential and Great Eastern had to offer. The agent thought for a While and then said, "Tell you something, we have one that is even better and lebih 'terer' than Prudential and Great Eastern. We'll insure your child FROM ERECTION TO RESURRECTION"

Cerita jenaka diatas dipetik dari satu email yang disebar kepada pentadbir blog dan kini dikongsi bersama anda untuk tujuan berlawak senda sahaja. Segala persamaan dengan yang hidup dan yang mati adalah tidak disengajakan.

Wednesday, September 9, 2009

Aktiviti di bulan Ramadhan : Terawih, Morei, Memasang Pelita dan Aktiviti Mengacau Dodol pada 12/9/09


Syawal sudah menjelang dan sudah hampir sebulan kita mengharungi ibadah puasa. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengerjakan amalan ibadah.

Seperti yang diketahui, penduduk Villa Suria menumpang Surau di Perdana Height untuk terawih tahun ini dan beberapa penduduk Villa Suria telah bermurah hati untuk menaja morei di surau tersebut. Umat Islam digalakkan untuk turut turun ke surau untuk sembahyang sunat Terawih dan seterusnya menjamu selera di 'morei' yang disediakan. Morei bermula dari 5 sept hingga 12 Sept adalah ditaja oleh penduduk-penduduk Villa Suria (setiap taman diberi alokasi mengikut giliran), diharapkan warga Villa Suria beragama Islam dapat turun sama untuk membantu dengan kerja persiapan, menghidang, membungkus dan mengemas di morei tersebut.

Beberapa rancangan telah dirancang di bulan Ramadhan ini untuk komuniti kita. Di antaranya ialah rancangan untuk sepakat memasang pelita di hadapan pintu pagar setiap rumah di Villa Suria untuk mengindahkan lagi suasana menyambut shawal yang akan menjelma. Bermula dari puasa ke 16 marilah kita beramai-ramai menyalakan pelita!

Pernahkah anda mengacau dodol? Satu tradisi yang kini makin jarang diamalkan oleh komuniti bandar. Akan diadakan satu aktiviti mengacau dodol pada hari Sabtu 12 September 2009 selepas sembahyang sunat terawih di padang permainan Villa Suria.

Sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar nama kepada Tuan Hj Kolonel (B) Zainal 0192181747 sebelum malam Jumaat ini, 11 September 2009. Bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk membeli bahan dan peserta akan diagihkan satu bahagian dodol yang berjaya dimasak. Bagi peserta diingatkan bahawa bukan sahaja sumbangan kewangan saja diperlukan tapi sumbangan tenaga juga perlu dan harus diberikan untuk menjayakan aktiviti memasak dodol ini. Sekian. Terima kasih.

Tuesday, September 1, 2009

Lawak Gagak : Kisah Kentut

Seorang lelaki bernama Mr.ZORRO berjumpa seorang doktor dan bertanya ,
"Doktor , saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin , tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau , dan senyap. Jadi saya selalu kentut."

Doktor meminta penjelasan
lebih lanjut dari Mr ZORRO itu, dan Mr.ZORRO pun berkata ,
"Sebenarnya , saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika
berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2
..Doktor itu menjawab ,
"Ok , sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu
selepas itu , Mr. ZORRO pun kembali.
"Tuan doktor , "
panggilnya sambil marah-marah ,

"Saya tak tau pil apa
yang yang doktor beri pada saya , tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas , "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung awak yang tersumbat , sekarang , mari saya periksa telinga awak pulak."

Moral of the story

Berjaga-jagalah ketika lepaskan angin tu.. walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak !

Cerita jenaka diatas dipetik dari satu email yang disebar kepada pentadbir blog dan kini dikongsi bersama anda untuk tujuan berlawak senda sahaja. Segala persamaan dengan yang hidup dan yang mati adalah tidak disengajakan.