Friday, July 17, 2009

Lawak Gagak : Cita-Cita

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Usop berdiri dan berkata, “Nama saya Usop bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Usop. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Zainal berdiri dan berkata, “Saya Zainal bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

***********************************************

Cerita jenaka diatas dipetik dari satu email yang disebar kepada pentadbir blog dan kini dikongsi bersama anda untuk tujuan berlawak senda sahaja. Segala persamaan dengan yang hidup dan yang mati adalah tidak disengajakan.

No comments:

Post a Comment