Friday, July 17, 2009

Lawak Gagak : Cita-Cita

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Usop berdiri dan berkata, “Nama saya Usop bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Usop. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Zainal berdiri dan berkata, “Saya Zainal bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

***********************************************

Cerita jenaka diatas dipetik dari satu email yang disebar kepada pentadbir blog dan kini dikongsi bersama anda untuk tujuan berlawak senda sahaja. Segala persamaan dengan yang hidup dan yang mati adalah tidak disengajakan.

Tuesday, July 7, 2009

Lawak Gagak : Sembahyang Jumaat

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri..... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"

.... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah...

**************************************

Cerita jenaka diatas dipetik dari satu email yang disebar kepada pentadbir blog dan kini dikongsi bersama anda untuk tujuan berlawak senda sahaja. Segala persamaan dengan yang hidup dan yang mati adalah tidak disengajakan.

Wednesday, July 1, 2009

SURAU SANDARAN PERMAI DINAIK TARAF MENJADI MASJID

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JAIS telahpun meluluskan permohonan Surau Taman Sandaran Permai untuk di naik taraf bagi melaksanakan sembahyang Jumaat bermula 7hb Ogos 2009 ini.

Kos untuk menaik taraf surau itu dianggarkan berjumlah sekitar 80 ribu. Pihak PPZ (Pusat Pungutan Zakat) Selangor telah pun bersetuju untuk membiayai RM 50 ribu daripada jumlah kos tersebut.

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa Surau Taman Sendaran Permai mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan-puan (Villa Suria Residents) untuk menampung kos yang selebihnya. Sebarang kemusyikilan & pertanyaan berhubung sumbangan/derma ini boleh lah dimajukan kepada Tuan Haji Zainal (block H30 - 019-2181747).