Pada malam Sabtu 3 hb Januari 2009, satu jamuan makan BBQ telah dianjurkan bertempat di gazebo dan gelanggang bola keranjang, taman permainan kawasan Villa Suria. Majlis ini lebih tertumpu kepada penduduk-penduduk Villa Suria yang telah pindah masuk ke rumah masing-masing yang kini sudah meningkat jumlahnya serta keluarga mereka.
Seperti biasa, Pro-Tem Committee yang kini semakin ramai ahlinya, telah membuat perancangan rapi serta sistematik dalam usahanya menganjur dan menjayakan jamuan ini. Perancangan yang berminggu serta sumbangan ikhlas dari penduduk-penduduk sama ada kewangan atau sebaliknya telah membolehkan majlis ini dianjurkan dengan jayanya. Pembahagian kerja yang lebih terperinci telah membolehkan ramai lagi penduduk turut serta dalam menyumbangkan tenaga mereka secara bergotong-royong. Diharapkan ramai lagi penduduk akan turut turun padang di majlis atau aktiviti Villa Suria yang akan datang. Bagi mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terimah kasih.
Mengenai makanan pada malam itu, pelbagai juadah telah disediakan sebagai santapan dan diantaranya adalah ikan bakar, udang bakar, BBQ lamb, ayam BBQ, sosej, otak-otak, ikan dan sotong bakar ala Portugis dan pelbagai lagi. Malah ramai penduduk telah dengan baik hati membawa juadah sampingan secara 'pot luck' ke jamuan malam itu.
Akhir kata, malam jamuan BBQ itu dirasakan telah berjaya mencapai tujuan utamanya iaitu mengerat lagi tali perhubungan diantara penduduk-penduduk Villa Suria terutamanya begi mereka yang telah berpindah. Oleh kerana makin ramai penduduk yang akan berpindah dalam masa terdekat, mungkin Pro Tem Committee akan mempertimbangkan untuk menganjur banyak lagi jamuan sebegini di masa akan datang, Sekian . Terima kasih
No comments:
Post a Comment