Tuesday, April 20, 2010

Trip ke Ulu tembeling - Camping & Fishing



Anybody interested to join a 3 days and 2 nights camping (also fishing) trip to Ulu Tembiling, Pahang which is near Taman Negara on the Wesak Day weekend on 28-30 May 2010. It is organised by my friend who is a Level 3 qualified national trainer. This trip is a free and easy trip with no scheduled activities forced on you. Just relax, enjoy nature at its basic best and enjoy fishing by the river.

There are very limited space for this trip(24 pax only in 2 river boats)so first come first serve. Trying to gather a group of us to join, if interested pls contact me 012.588.22.50 . Cost of this trip is RM158 per person (very cheap but basic) and covers from time we set foot on the river boat till we step off at the end of the trip. Main bulk of the cost covered will be for the boat and the rest is for supplies. Boat ride is approximately 3 hours from Kuala Tahan Jetty. We will share and car pool to the jetty from KL. As this is not a luxury trip, every participants are expected to help out where necessary. We are not taking children for this trip (only adults). Maybe next time.

INTERESTED? Contact me. Closing date is Sunday 2, May 2010. A non-refundable deposit of RM100 is required upon registration. (Reason being to avoid last minute cancelation as we have boatman to pay!)

Regards
Adrin Adzuan
AJK
Sukan & Riadah

Wednesday, April 7, 2010

SYOR PEMBINAAN LALUAN @ RAMP ALTERNATIF DARI JALAN SHAH ALAM-BATU ARANG (B49)KE LEBUHRAYA RAYA




FYI, below is the email issued by reprensentatives of Persatuan Penduduk Tmn Sandaran Permai SekU10 on behalf of all residence through the "GABUNGAN BERTINDAK PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK SEK U10" to the relevant authorities on the traffic jam issue :-



Subject: SYOR PEMBINAAN LALUAN @ RAMP ALTERNATIF DARI JALAN SHAH ALAM-BATU ARANG (B49)KE LEBUHRAYA RAYA

1. Menteri Kerjaraya
2. Menteri Besar Selangor
3. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
4. Pengarah Jabatan Kerjaraya Selangor
5. Dato Bandar Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato' / Tuan Pengarah

Perkara diatas adalah dirujuk. Kami seluruh penduduk Sek U10 dan Shah Alam Utara ingin menyampaikan hasrat ini kepada Menteri Kerjaraya, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Datubandar Shah Alam.

2. Sejak tahun 2000, pembangunan perumahan dikawasan Shah Alam Utara semakin meningkat. Densiti penduduk setiap 1 kilometer persegi semakin padat yang diluluskan oleh PBT Selangor, secara tidak langsung bilangan kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Shah Alam Batu Arang (B49) juga semakin bertambah.. Ramai penduduk dari luar Shah Alam menetap di kawasan Shah Alam Utara kerana diatas beberapa faktor kesesuaiannya malah ianya juga jauh dari pusat-pusat perkilangan dan pencemaran. Pemaju Puncak Alam Kuala Selangor dan Bandar Puncak Perdana, Sunway Kayangan, Sunway Alam Suria, Alam Budiman dan Nusa Rhu di Sek U10 Shah Alam telah menjadi perintis menampung duit infra membina jalan pintas untuk menghubungkan Puncak Alam - Shah Alam sejak tahun 2000. Hutan-hutan yang dianugerahkan hanya dijadikan jalan JKR R2 ( 2 lorong dgn kelajuan kenderaan 60Km/jam ). Inilah jalan raya Shah Alam - Batu Arang sekarang. Oleh kerana duit infra jalan dari pemaju yang cukup banyak, lalu telah menobatkan jalanraya ini kepada taraf Lebuhraya Shah Alam Batu Arang (Kod B49).

3. Sejak penduduk menerima CF pada 2003, JKR Petaling, JKR Selangor dan MBSA tidak menjumpai kod jalan B49 yang diluluskan. Persatuan penduduk telah beberapa kali berjumpa bersama-sama MBSA didalam Permasalahan Inventori Rakyat tahun 2005. Pihak Guthrie pula ada inventori masalah membangunkan lebuhraya ini, akhirnya bekas Menteri Besar Selangor menjatuhkan semula taraf Lebuhraya kepada jalan Shah Alam - Batu Arang. Selepas setahun kemudian barulah kod B49 diberikan sehinggalah sekarang. Pihak KPKT dan MBSA pada tahun 2000 banyak bertindih kuasa dan gemar meluluskan pelbagai simpang tiga menuju ke jalanraya Shah Alam Batu Arang. Pihak JKR pula maha berkuasa selain kuasa-kuasa PBT. Kegilaan kuasa-kuasa ini menyebabkan ketelitian merekabentuk pembangunan infrastruktur jalanraya , persimpangan keluar masuk dan penyelenggaraan tidak diambil kira bagi kepadatan penduduk di Shah Alam Utara. Sehingga sekarang jalanraya B49 menjadi amat sibuk pada waktu puncak untuk penduduk menghantar anak-anak kesekolah dan juga ketempat kerja. Setiap hari penduduk berasak-asak menuju ke jalan B49 dari pelbagai simpang taman perumahan, ini juga telah menyebabkan banyak berlakunya kemalangan jalanraya B49. Statistik kemalangan jalanraya juga semakin meningkat naik setiap tahun. Keadaan topograpi jalaraya yang berbukit serta berselekoh tajam juga menyebabkan banyak kenderaan bergerak perlahan untuk keluar ke Shah Alam, Rawang, PJ dan Kuala Lumpur.. Penduduk terperangkap, Shah Alam Utara tidak ada jalan alternative selain jalan Shah Alam Batu Arang. Lalauan kecemasan juga sempit dan sesak untuk Polis, Ambulan dan BOMBA sampai memberikan bantuan ika berlaku kemalangan jalanraya dan menghantar mangsa ke Hospital Sg Buluh.

4. Kemelesetan pembeli hartanah di Shah Alam Utara juga akan berlaku sekiranya jalanraya B49 tidak dinaikan taraf dan tiada ramp susur khas keluar masuk ke Shah Alam Utara dari Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway. Persimpangan keluar melalui jambatan B49 ke Jalan Sungai Buluh menuju ke Shah Alam sangat sempit dan tidak sesuai untuk menjadi susur keluar masuk penduduk Shah Alam Utara . Ia juga amat merbahaya kepada para pengguna jalanraya. Tahun 2010 kesesakan sudah mula panjang untuk keluar ke Shah Alam. Jika ada kemalangan kecil sahaja menyebabkan kesesakan sehingga 8 kilometer ke persimpangan Jalan Paip (Ke Kg Budiman Shah Alam)..

5. Kami memohon agar kerajaan Selangor dan Guthrie Corridor Expressway (GCE) membina ‘ramp’ susur keluar masuk ke jalan B49 menggunakan lebuhraya GCE bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia. Usul-usul ini juga telah beberapa kali disampaikan kepada tiga (3) agensi berkaitan iaitu Datuk Bandar Shah Alam, Pengarah JKR Selangor, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor semasa mesyuarat bersama-sama Persatuan-Persatuan Penduduk Sek U10, Sek U9 dan UITM Kampus Puncak Perdana Sek U10 Shah Alam didalam pelbagai program yang dianjurkan oleh MBSA, JKR dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Selangor.

6. Sewajarnya MBSA dan JKR Selangor menyediakan pelan perancangan jalanraya yang sempurna di Bandaraya Shah Alam. Jalanraya yang dirancang juga mestilah sesuai dengan kelulusan pembangunan pusat-pusat membeli belah di susur masuk Bukit Jelutong Shah Alam dan ke arah Kuala Selangor.

7. Kami memerlukan kerajaan negeri Selangor, MBSA, JKR Selangor, LLM dan GCE duduk semeja berkerjasama rapat menbina strategik baru memberikan keselesaan kepada pengguna jalan B49 pada waktu puncak.

8. Jalan Shah Alam - Batu Arang adalah laluan utama yang menghubungkan juga kawasan utara Shah Alam ke pusat bandar Shah Alam. Laluan ini juga digunakan oleh penduduk dari Kuala Selangor, Puncak Alam, Saujana Utama, Meru, Klang dan kawasan sekitar yang tidak mempunyai laluan alternatif ke pusat bandar Shah Alam. Keadaan ini akan menambahkan lagi kesesakkan lalulintas dilaluan ini serta pembaziran kos minyak dan masa pengguna. Sepertimana diketahui Bandaraya Shah Alam amat mundur didalam perancangan pengangkutan untuk kemudahan orang awam.

9. Janji pilihanraya : Menteri Kerjaraya dan Menteri Besar Selangor perlu turun padang untuk melihat sendiri kesesakan trafik yang dialami pengguna dan penduduk kawasan Sek. U10 terutama pada waktu puncak pagi dan petang dan janji-janji membantu menyelesaikan hak asasi orang awam sekrang ini banyak dilupakan.

10. Kami juga merasa sedih dan terkilan kerana Ahli Parlimen Shah Alam dan ADUN Kota Anggerik Shah Alam sehingga kini tidak melakukan apa - apa dan memandang remeh isu dan masalah penduduk di kawasan Shah Alam Utara ini. Ketika kempen pilihanraya tahun 2008 pelbagai janji dan penerangan telah ditaburkan kepada penduduk dan salah satunya adalah isu jalan utama ini tetapi sehingga kini masih tiada tindakan dan penyelesaian yang baik. Mereka lebih kepada isu-isu yang remeh dan nampak tidak ada kesepakatan didalam pembangunan mampan.

Cadangan

i) Meminta pihak LLM bersama GCE dan JKR selangor untuk mengadakan laluan @ ramp masuk dan keluar dari jalan Shah Alam – Batu Arang (B49) ke GCE

ii) Menaiktaraf persimpangan tiga sediada yang melibatkan jalan Shah Alam – Batu Arang dgn jalan Batu Tiga - Sungai Buloh agar menjadi lebih lancar.

iii) Menaiktaraf laluan utama jalan Shah Alam – Batu Arang dari 2 lorong kepada 4 lorong selaras dengan rezab jalan selebar 66 kaki (20m)

iv) Mengkaji semula semua persimpangan utama yang telah diluluskan sepanjang laluan utama ini agar dapat mengurangkan kesesakan disamping meningkatkan keselamatan untuk mengurangkan kemalangan maut

v) Mengkaji dan menaiktaraf keadaan rekabentuk jalan sediada agar bersesuaian dengan topografi dan pencahayaan agar menjadi lebih selamat dan selesa kepada pengguna.

Sekian terima kasih dan kami berharap mendapat sokongan padu dari kerajaan pusat dan juga negeri. Usaha bijak ini juga akan memakmurkan lagi ekonomi Selangor dan 1 Malaysia serta menrendahkan kadar kemalangan dan pembaziran masa dan duit orang awam.


ADNAN ABDUL KADIR
GABUNGAN BERTINDAK PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK SEK U10
No 37, JLN PULAU INDAH U10/53,
TMN SANDARAN PERMAI,
SEK U10,SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tuesday, April 6, 2010

Aktiviti Surau Al Hidayah bagi Bulan April

Assalamualaikum WBT.

Semua Penduduk Perdana Heights , Sunway Alam Suria dan Sunway Villa Suria, semuga semua berada didalam keberkatan dan limpah rahmat Allah SWT.
Dengan hormatnya saya perturunkan di sini jadual aktiviti Surau kita untuk bulan April 2010 ini untuk makluman dan sebaran seterusnya kepada ahli kariah yang tidak berkesempatan untuk memperolehinya.

1) Kelas Pengajian Al - Quran Untuk Muslimin - Bimbingan Ust Hajar.

1.1 Ahad 4hb April 2010 - selepas Solat Maghrib.
1.2 Ahad 18hb April 2010 - selepas Solat Maghrib.


2) Kuliah Suboh.

2.1) Sabtu 3hb April 2010 - Ust Amir - Penyakit Rohani.

2.2) Ahad 4hb April 2010 - Ust Omar - Tafsir Al - Quran.

2.3) Sabtu 10 hb April 2010 - Ust Hajar.

2.4) Ahad 11hb April 2010 - Ust Jazlan.

2.5) Ahad 18hb April 2010 - Ust Omar - Tafsir Al - Quran.

3. Kuliah Maghrib.

3.1 Sabtu 17 hb April 2010 - Ust Amir - Fardzu Ain.


Sukacita kita menjemput semua ahli kariah untuk sama2 hadzir didalam Majlis2 diatas. Sokongan dan keperihatinan semua ahli kariah didalam mengimarahkan lagi Surau kita ini sangat2 lah diperlukan. Semuga dengan kehadziran Tuan / Puan akan menyerikan lagi Majlis2 tersebut.

Sekian terima kaseh , wassalam.

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Villa Suria 2010/11

akan datang